Hari ni...aku ingin menceritakan kisah seekor anjing yang sangat setia kepada tuannya.Anjing ini menunggu tuannya setiap hari selama 10 tahun selepas kematian tuan yang amat disayanginya...
Anjing ini bernama Hachiko dilahirkan di Akita pada tahun 1923 dan telah dibawa ke Tokyo oleh tuannya pada tahun 1924.Hachiko dan tuannya En Eisaburo Uyeno mempunyai hubungan yang sangat akrab.Setiap hari,Hachi akan menemani tuannya yang merupakan seorang profesor di University of Tokyo pergi ke stesen kereta api yang di gunakan oleh tuannya untuk pergi berkerja.Setiap hari pada pukul 4 petang Hachi akan menunggu tuannya di hadapan pintu keluar stesen kereta api Shibuya untuk menyambut kepulangan tuannya.
Pada tahun berikutnya,satu hari yang telah merubah kegembiraan ini bertukar menjadi kesedihan apabila tuannya mati akibat stroke di universiti tempat beliau bekerja dan tidak dapat pulang seperti biasa.Hachi tidak mengetahui bahawa tuannya sudah tiada didunia ini dan terus menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen shibuya selama 10 tahun.Setiap hari pada pukul 4 petang hachi akan menanti dan mencari tuannya di kalangan penumpang yang keluar dari stesen itu.
![]() |
| statue hachiko di shibuya japan |
Selama 10 tahun menantikan kepulangan tuannya akhirnya hachi pergi bertemu dengan tuannya pada 8 March 1935.Hachi ditemui mati ditempat yang sama di mana dia bertemu dengan tuannya buat kali terakhir.Pemergian Hachiko tidak akan di lupakan kerana pihak stesen shibuya telah membina statue untuk hachi bagi memperingati kesetiaan dan kasih sayang yang tiada sempadan dari hachi terhadap tuannya.Sehingga sekarang statue gangsa hachi masih terdapat di stesen shibuya yang sentiasa menunggu dan menanti kepulangan tuannya seperti selalu.
p/s:sedihkan...kalau nak rase lebih sedih lagi...cari la cerita Hachiko: A dog story. I guarantee all of u will drop off your tears...
-end-
![]() |
| remake cerita hachiko sangat menyayat hati |
p/s:sedihkan...kalau nak rase lebih sedih lagi...cari la cerita Hachiko: A dog story. I guarantee all of u will drop off your tears...
-end-



No comments:
Post a Comment
they Said